Sumbangan pakaian dan beg sekolah..

Written by MTD CHANGKAT JERING on Wednesday 20 April 2011 at 02:44

Adik Nazatul Azna ..pelajar tahum 5 sk Changkat Jering menerima sumbangan dari Ketua Upu Simpang Lama sdr Abd Rahman...
Sumbangan dari Hamba Allah..berupa pakaian dan beg sekolah bernilai rm150.khas untuk pelajar-pelajar anak yatim.sebelum ini sebanyak 20 anak yatim telah diberi sumbangan seperti ini.

sumbangan kepada yang memerlukan

Written by MTD CHANGKAT JERING on Monday 18 April 2011 at 20:58


19hb April.2011.
Ketua Upu Simpang Baru(02) Sdr Abd Rahman.menyampaikan sumbangan baju,beg dan peralatan sekolah (sumbangan hamba Allah) kepada adik Mohd Hakimi Nor Awad (anak yatim yang kehilangan Ibu dan ditinggalkan Ayah) ..sekarang dibela oleh bapa saudara di Taman Damai.Mohd hakimi bersama petugas Pusat Khidmat dibawa terus kekedai menjual pakaian sekolah ditaiping untuk memilih pakaian buat adik ini.













diPerkarangan Pusat Khidmat ahli Parlimen..ketua Penerangan Pas kawasan menyampaikan sumbangan beras dengan ditemani su kawasan sdr Fadhil.

Aktiviti; MTD CHANGKAT JERING.

Kematian di Kg Pauh...

Written by MTD CHANGKAT JERING on Monday 11 April 2011 at 23:30


 12hb April2011.Adik ustaz Saifool Ketua Cawangan Pas kembali ke Rahmatullah.
Adik Perempuan Ketua cawangan Pas Kg Pauh kembali keRahmatullah .Adik Perempuan beliau seorang OKU sering tidak balik kerumah ditemui mati oleh penduduk tempatan,tiada unsur unsur jenayah dipercayai jatuh kerana sakit sawan yang beliau hadapi.

Solat jenazah dimasjid Kg Pauh selepas solat zohor dan dikebumikan ditanah perkuburan Kg Pauh


Mantan Bendahari Cawangan Taman damai..dalam kenangan..

Written by MTD CHANGKAT JERING on Saturday 9 April 2011 at 19:00

10hbApril 2011.sdr SAID BIN DIN.Mantan bendahari Pas Cawangan Taman Damai &Taman Ria..kembali ke Rahmatullah pagi tadi sekitar jam 3.30pagi.
Solat Jenazah akan diadakan disurau Taman Damai yang berhadapan dengan rumah beliau.pada jam 12 tenghari ..hari ini Ahad 10april..















Ust Idris Ajk Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat ziarahi beliau pada 2 hbApril lepas dalam Program "Pimpinan bersama Rakyat".
Diantar ucapan Allahyarham Said kepada ust Idris  yang sempat saya dengar.: ust I`allah dalam seminggu nanti sihatle saya...lepas itu boleh aktif kembali...

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
     1-2).1

Prog ILPAS..anjuran Dun Changkat Jering bersama Kuala Sepetang.

Written by MTD CHANGKAT JERING on Friday 8 April 2011 at 23:03

Program IlPas anjuran Dun Changkat Jering bersama Dun Kuala sepetang di markas Negeri Air Kuning pada 8hb ,bermula dengan solat maghrib mendapat sambutan yang baik dari upu upu.

2 Kertas dibentang kan oleh K.Pemuda Ust zawawi hasan
diantar Insitisari bentang beliau,perlunya pemahaman  tentang Dakwah ,kenapa perlu berdakwah dan pembahagian Dakwah.
Kaitan Dakwah dan pilihanraya turut disentuh ,dimana kejayaan pilihanraya adalah berdasarkan undi tertinggi dan perlunya kita sebagai Pendakwah dari PAS salurkan maklumat dan kepercayaan calon kepada masyarakat.
Dakwah bukan semestinya dengan ucapan tetapi dibahagi kepada 3 bhg
a.ucapan/b,perliaku/.c penulisan.
masing masing mempunyai kelebihan dibidang mereka,jadi dalam kontek Dakwah bukan diserahkan sepenuhnya kepada Ulama..tetapi seluruh Ahli Pas terlibat .

 

Perstiwa bergambar..JOM makan Durian

Written by MTD CHANGKAT JERING on Sunday 3 April 2011 at 05:34

makan durian bersama Pimpinan..anjuran Pas Kawasan dan Mtd Changkat Jering

Written by MTD CHANGKAT JERING on at 04:41














Majlis makan Durian bersama Pimpinan Pas anjuran Pas Kawasan bukit Gantang dan Mtd Changkat Jering meriah..Hj Mohd Sabu menjadi tetamu istimewa dalam majlis itu.
ucapan disampaikan oleh Ust Idris dan abg mad berkisar tentang k`jaan Pimpinan UMNO yang semakin keliru dan kecoh...sudah lebih dari 3 tahun  sejak kemenangan Bn dalam Pru 12 yang lepas..tetapi agenda untuk membangunkan taraf hidup rakyat dan negara semacam diabaikan..,mereka lebih berminat untuk jatuhkan Pimpinan PR khususnya DSAI dan isu yang diulas hampir setiap hari dimedia media utama dikaitkan soal Punggok dan Pelacur..yang cukup aib bukan sahaja didalam negara tetapi diluar negara turut menjadi perbualan pimpinan mereka...apakah jadi dengan negara 1malaysia..dimana agenda dan rancangan k`jaan untuk kebaikan negara dan rakyatnya...apaakan jadi bila setiap masa hampir setiap pimpinan BN bicarakan soal soal yang cukup aib..?

MTD CHANGKAT JERING

MTD CHANGKAT JERING

Popular Posts